Untuk Aljazira Tv klik webtv

Tahniah BN...Hangpa penaik 100% kadar Insurance Motor kami.....

CHANGLUN - Ramai pemilik kenderaan kecewa tentang kenaikan kadar bayaran insurans kenderaan persendirian.

Mereka berpendapat, pemberitahuan kenaikan kadar bayaran bagi kenderaan masih belum dilakukan oleh mana-mana pihak sama ada kerajaan mahu pun syarikat insurans.

Pelanggan, Ismail Ahmad berkata, dia berasa kecewa dengan kenaikan yang dikenakan kerana ia dirasakan terlalu tinggi berbanding sebelum ini.

Menurutnya, kadar itu mengalami kenaikan mencecah 100 peratus dari kadar asal sebelum ini iaitu dua tahun lalu.

“Saya mula perasan kenaikan ini sejak 2008 lagi sedangkan sebelum ini pihak kerajaan tidak pernah mengumumkan sebarang kenaikan kadar berkenaan.

“Pengguna yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah amat merasainya sehingga mereka tidak mampu membuat bayaran insurans kenderaan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ismail berkata, perbezaan kadar insurans terhadap motosikal berkuasa 100 cc ke bawah sebelum ini sekitar RM60, kini telah meningkat kepada RM120.

Sementara itu, seorang pelanggan, Omar Samsudin berkata, dia mengambil keputusan tidak membayar insurans untuk tempoh masa tertentu kerana tidak mampu untuk membayarnya.

Menurutnya, adalah lebih baik dia memperuntukkan nilai bayaran insuransnya itu kepada perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak-anaknya yang dilihat lebih penting dan perlu didahulukan.

“Pada awal-awal tahun begini sememangnya ibu bapa memerlukan peruntukkan kewangan yang banyak untuk sesi persekolahan dan pada masa yang sama saya perlu membayar insurans kenderaan yang sudah tamat tempoh.

“Saya memang tidak mampu kerana pendapatan dan tanggungan keluarga tidak seimbang sekali gus dibebani dengan kadar insurans yang tinggi,” katanya.

*** SALAH SAPA NI?????????***

Tiada ulasan:

Catat Ulasan