KOTA BHARU, 24 Feb: Ketika isu perarakan sempena
Maulidur Rasul diriuhkan di Pulau Pinang, Umno pula membisu apabila
program sama tidak ada negeri lain termasuk Johor, Perlis dan Pahang.
Begitu juga di Kelantan, perarakan tidak diadakan sejak 20 tahun lalu. Program Maulidur Rasul hanya diisi dengan ceramah agama.
Moderator program Hujah TV9, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof berkata,
Umno tidak sibuk apabila negeri-negeri lain juga tidak mengadakan
perarakan sempena Maulidur Rasul.
“Ini seolah-olah memperlihatkan ada double standard dalam isu ini.
Sedangkan di Kelantan sejak 20 tahun lalu juga tidak ada perarakan
Maulidur Rasul,” katanya ketika mempengerusi program berkenaan malam
tadi.
Turut menjadi panel pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustapha Ishak.
Dr Mustapha ketika menjawab isu tersebut berkata, perarakan Maulud
perlu diadakan di Pulau Pinang memandangkan negeri itu penduduk Melayu
merupakan minoriti dan perlu mempamerkan kekuatan mereka.
Dalam perkembangan serupa di Kelantan tahun ini bagaimanapun tahun
ada sedikit kelainan apabila majlis sambutan Maulidur Rasul diadakan di
Stadium Sultan Mohammad Ke IV yang dijangka turut dihadiri Pemangku
Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.
Sedangkan kebiasaannya program tersebut dianjurkan di Balai Islam dan masjid-masjid.
Program tersebut dianjurkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan diadakan malam esok.
Berdasar surat edaran bertarikh 11 Febuari lalu Setiausaha Maik, Che
Mamat Che Muda berkata, program berkenaan bermula dengan bacaan
berzanji kira-kira jam 6.45 petang.
Selepas itu solat Maghrib berjemaah kemudian diikuti ceramah khas
oleh penceramah jemputan. Difahamkan bekas pegawai agama Istana Negara,
Datuk Hassan Din diundang menyampaikan ceramah.
“Bacaan berzanji dan selawat sekali lagi akan diadakan selepas solat Isyak,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan