Selepas 2
hari keluar di TV cerita Perumahan Awam Kos Rendah di Mergong, saya
dapat banyak sms menyokong tindakan kerajaan mengambil langkah yang
sudah diputuskan. Terima kasih kepada Pendekar Gunung Kriang dalam
posting yang saya baca (dan salin) dari KedahLanie.
Pegawai yang bertanggungjawab dalam hal perumahan awam di Kedah memaklumkan, di PAKR Mergong sahaja, tunggakan bayaran berjumlah RM6 juta, dan di seluruh negeri tunggakan berjumlah RM23 juta. Yang tak bayaq hutang ni...bila mati esok lagu mana tuan? Beliau bertanya dengan geram. Kita nak depa sejahtera, bukan atas dunia sahaja (sebab dapat duduk rumah free) tapi lepas mati pun kena ambil kira jugaaaa...
Ada satu trend di kalangan penghuni yang keluar TV malam tu… ramai yang sms saya menyatakan perkara yang sama… cara mereka bercakap dan penampilan mereka membawa imej sebuah parti melayu… malas la nak tuduh, tapi ramai yang berpandangan begitu. Mungkin inilah jenis pentadbiran parti itu waktu dulu… janjikan rumah percuma kepada penyokong dan pengundi mereka, tapi kerajaan yang tanggung beban. Hal ini perlu dihentikan! Sudahlahhhhh…
Kata YAB MB, kita mahu buat lebih banyak rumah kos rendah untuk rakyat dengan bayaran yang diterima dari penghuni sekarang. Dengan RM23 juta, kita boleh bina lagi 1,277 unit rumah awam kos rendah… bayangkanlah berapa ramai yang boleh mendapat kemudahan asas ini, kalau depa semua faham… kalau 5 orang dapat berteduh di sebuah rumah, 6,388 orang akan dapat manfaat.

.
Pendekar Gunung Kriang menulis...........
Saya sebenarnya nak tulis posting ini sejak malam tadi lagi, sebaik saja tertonton berita 9 malam di TV3. Tapi malangnya sibuk sangat malam tadi, hingga tiada ruang waktu untuk menulis. Pagi tadi pun tak sempat menggarap ulasan terhadap apa yang bermain-main di kepala saya itu, kini baru ada sedikit masa untuk menulis.
.
Ia mengenai satu berita di TV3 malam tadi. Kononnyua kisah duka penduduk-penduduk Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Mergong yang rasa sangat sedih kerana pengumuman terbaru Kerajaan Negeri Kedah yang akan menyerahkan urusan mengutip balik tunggakan hutang PAKR Mergong kepada pihak bank. Kata mereka yang diwawancara bahawa habislah mereka kali ini, kerana pihak bank tentu bukan seperti Kerajaan Negeri yang bertolak ansur dalam bayaran balik hutang penduduk. Dulu semasa urusan membayar balik hutang diurus sendiri oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri, sama ada mereka hendak membayar balik atau tidak, Bahagian Perumahan buat tidak peduli sangat. Tapi jika urusan mengutip balik hutang ini diserah kepada bank, mereka takut bank akan bertindak tegas merampas rumah yang mereka jarang-jarang bayar balik hutang itu atau tak pernah langsung bayar balik pinjaman selama bertahun-tahun.
.
Seorang penghuni yang diwawancara berkata, jika dia diusir, ia adalah perbuatan zalim kerana dia telah menduduki rumah itu sangat lama (barangkali tanpa pernah bayar balik pinjaman!). Seorang lagi berkata, bukan mereka tak mahu bayar balik pinjaman, tapi meereka orang susah, kadang-kadang ada duit lebih, kadang-kadang tak ada duit lebih, macam mana nak bayar balik hutang kepada Kerajaan Negeri?
.
Sebenarnya apa yang Kerajaan Negeri Kedah buat itu bukanlah suatu polisi baru. Sudah banyak Kerajaan Negeri yang menyerahkan urusan mengutip balik bayaran hutang PAKR di negeri masing-masing. Semasa saya berkhidmat di Perlis dahulu, Kerajaan Negeri yang tidak tahan dengan tunggakan PAKR penghuni-penghuni yang terus enggan membayar balik hutang mereka yang berjumlah jutaan ringgit itu, akhirnya telah menyerahkannya kepada pihak bank untuk menguruskan kutipan bayaran balik. Langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perlis itu adalah menuruti tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang ketika itu di bawah BN yang mempelopori langkah yang serupa yang terbukti sangat berkesan dalam memdapatkan balik hutang yang tertunggak.
.
Di Perlis dulu, banyak kisah pelik dalam kes keengganan penghuni membayar balik pinjaman PAKR ini. Ada yang berpuluh tahun tak pernah bayar, ada yang tidak pernah bayar langsung dan bila meninggal, rumah itu diwariskan pula kepada anak cucu yang juga tidak pernah membayar balik hutang. Itulah yang menyebabkan jumlah tunggakan mereka meningkat dan jika dicampur-campur semua sekali tunggakan semua penduduk, ia menjadi puluhan juta ringgit.
.
Yang Kerajaan Negeri pula membina rumah-rumah PAKR ini bukannya dengan peruntukan mereka sendiri. Mereka mendapat pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan dengan kadar faedah 4% setahun. Tapi bila ramai penduduk PAKR yang tidak membayar balik pinjaman, ia telah menjadi satu bebanan besar kepada Kerajaan Negeri, yang terpaksa menanggung hutang yang banyak dengan Kerajaan Persekutuan. Akhirnya apabila hendak membuat pinjaman baru, Kerajaan Persekutauan 'liat' untuk meluluskan pinjaman baru, kerana hutang lama pun belum dijelaskan. Bagaimana Kerajaan Negeri hendak jelaskan kepada Kerajaan Persekutuan, jika sumber bayaran dari penghuni PAKR sukar diperolehi?
.
Akhirnya Kerajaan Negeri menyerahkan urusan mendapatkan balik bayaran hutang itu kepada pihak bank. Pihak bank tidak seperti Bahagian Perumahan yang kakitangan penguatkuasaannya sentiasa tak cukup itu. Pihak bank, jika lambat bayar terus beri amaran dan lepas itu rumah disita dan jika masih berdegil kes itu dibawa ke mahkamah. Itu yang membuatkan sebahagian penghuni PAKR yang telah lali tinggal percuma puluhan tahun itu sakit hati.
.
Sesuatu yang penghuni-penghuni PAKR yang enggan membayar balik pinjaman ini lupa, sikap mereka yang enggan membayar balik hutang itu menyebabkan rakyat berpendapatan rendah lain dinafikan hak mereka untuk mendapatkan rumah. Kerana mereka enggan membayar balik hutang, menyebabkan Kerajaan Negeri pula yang terpaksa menanggung hutang dengan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan pula enggan menyalurkan peruntukan baru kepada Kerajaan Negeri atas alasan hutang lama masih banyak yang tertunggak. Bagaimana tidak tertunggak jika ada penghuni yang tinggal percuma puluhan tahun dan menganggap mereka berhak mendapat rumah percuma kerana mereka orang susah? Sedangkan di luar sana, masih ramai lagi yang susah, malah ada yang tinggal di gerobok buruk atau di bawah jambatan!!
.
Kadang-kadang kita ingat orang lain zalim, tapi kita lupa kita juga telah menzalimi saudara-saudara kita yang dinafikan hak mereka untuk mendapatkan rumah kos rendah. Semuanya kerana kita liat untuk membayar balik pinjaman!!
~ pendikar gunung kriang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan