Untuk Aljazira Tv klik webtv

Senarai Wakil Rakyat keluar PKR, satu post mortem perlu dilakukan

Secara peribadi saya mengesyorkan agar Parti Keadilan Rakyat (PKR) SEGERA membuat post mortem berhubung beberapa wakil rakyatnya yang keluar dari parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas. Paling mendukacitakan, majoriti mereka berpaling tadah menyokong BN. Setakat ini PKR telah hilang 2 kerusi parlimen dan 5 kerusi DUN kerana masalah ini:
Kerusi Parlimen
  1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
  2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
Kerusi DUN
  1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
  2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
  3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
  4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
  5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
Pendekatan kepimpinan PKR dalam menghadapi ahlinya yang bermasalah perlu dinilai semula. Berdasarkan rekod, kesemua mereka mempunyai masalah dan tidak puashati dengan kepimpinan parti. Dan kerana itu mereka menerima banyak tekanan dalam parti dan penyokong PKR agar keluar dari parti. Akhirnya mereka terhimpit dan tiada pilihan lain kerana sudah ditunjukan jalan keluar.
Mungkin ia penyelesaian jangka pendek yang berkesan untuk membuang wakil rakyat yang bermasalah dalam PKR. Tetapi untuk jangka panjang, tindakan itu memburukan imej PKR dan Pakatan. Sewajarnya masalah diselesaikan bukannya diketepikan begitu sahaja.
Rakyat pasti kecewa dengan apa yang berlaku dan Umno pasti bersorak kerana berjaya memporak perandakan Pakatan melalui PKR. Ura-ura mengatakan bahawa ada lagi wakil rakyat PKR yang mahu lompat juga tersebar luas. Oleh itu PKR tidak boleh anggap perkara ini sebagai masalah kecil kerana risikonya begitu besar kepada masa depan Pakatan.
Pada saya hanya PKR sahaja yang boleh selesaikan masalah ini dan PAS serta DAP juga perlu berhati-hati. Mungkin juga komponen Pakatan perlu berkongsi pengalaman tentang disiplin wala’ dengan PAS.
Walaupun ramai yang mempertikaikan isu wala’ dalam PAS, namun dalam keadaan sebegini kita akan melihat betapa disiplin wala’ itulah yang akan mempertahankan kekuatan parti. Ada masa kita tidak setuju dengan kepimpinan dan ada masa kepimpinan tidak setuju dengan ahli, namun dengan berpegang pada disiplin wala’ dan thiqah yang diajar oleh Rasulullah segala masalah dapat diselesaikan secara musyawarah dan tolak ansur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan