Alhamdulillah..saya dimaklumkan bayaran di kaunter
wisma sahaja mencecah RM30,000 sehari sekarang ni. Jumlah minimum RM15
ribu sehari. Sebelum ni kerani kaunter menguap sakan dok tunggu orang,
nak dapat tiga ribu sehari pun sakitt, lani tak menang tangan laaa...
Kaunter di daerah juga bergerak cergas. Terima kasih kepada semua
penghuni PAKR yang terjaga dari buaian mimpi lama.
.
Dua
tiga hari lepas, ada kaunter bayaran menerima bayaran sekaligus
RM24,000. Selesai!!! semua sekali. Alhamdulillah... tak gadoh dok pi
ketuk pintu hantar notis. Masa ibu bapak dapat rumah tu barangkali
memang susah, kini anak-anak dah ada keupayaan membayar, pakat-pakat la
tolong settle bayaran rumah. Rabu lepas MB maklumkan rundingan sedang
dibuat dengan dua buah bank untuk menguruskan kutipan.
.
Minggu
lepas saya berceramah di Taman Wira, bila saya umumkan bayaran yang
diterima di kaunter-kaunter bayaran Bahagian Perumahan SUK, hadirin
bertepuk tangan. Tak dak sapa yang suruh tepuk, tapi depa seronok
kerana yang liat sudah mula membayar. Yang tepuk tu tentu yang tak puas
hati kerana mereka saja yang bayar, orang lain tak. Bila semua dah
pakat bayar, baru lah adil namanya... Ada yang mai bayaq sehari dua
kali! Apa ada dalam kepala dia saya tak tau...
.
Inilah
langkah yang efisyen dari kerajaan yang efektif. Pemuda yang berdemo
hari tu kata kerajaan tak reti buat kerja hingga nak serah kepada bank.
Hari ni nak kata apa pulak? Orang ramai hanya perlu sedikit kejutan dan
peringatan, mulalah mereka membayar. Terima kasih sekali lagi. Kedah
Sejahtera nikmat Untuk Semua!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan