KUALA LUMPUR, 5 April: Majlis Raja-raja Malaysia
dirayu untuk campur tangan dalam pembabitan syarikat perunding
antarabangsa APCO Worldwide (APCO) dalam pentadbiran negara kerana ia
disifatkan mengajak orang luar ceroboh negara.
Mewakili Ahli
Parlimen PAS, Nasharuddin Mat Isa (Bachok) berkata, perlantikan APCO
tersebut seolah-olah mendedahkan keselamatan negara pada pihak asing.
"Kita
minta Majlis Raja-Raja segera campurtangan (supaya) perjanjian ini
dibatalkan kerana ia (seolah-olah) mengajak orang luar menceroboh
Malaysia)," jelas beliau dalam suatu kenyataan media di Pejabat Majlis
Penyimpan Mohor Raja-Raja Malaysia.
Beliau turut menafikan
bahawa insiatif Ahli Parlimen PAS tersebut bertujuan untuk strategi
politik sempena pilihan raya kecil di Hulu Selangor tidak lama lagi.
Naib
Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kemudiannya menjelaskan bahawa Majlis
Raja-Raja Melayu seharusnya melihat isu tersebut sebagai isu
keselamatan negara, bukan sekadar isu politik peribadi Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena meminta Apco segera diusir keluar dari Malaysia.
Sebelum
pada itu, Nasharuddin yang juga Timbalan Presiden PAS memaklumkan
kepada Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Malaysia, Datuk Sabtu Awwab
bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu di Dewan
Rakyat bahawa APCO mempunyai hubungan langsung dengan beberapa pemimpin
strategik Zionis Israel.
Tambahnya, perlantikan APCO sebagai
syarikat perundingan komunikasi nasional boleh mendedahkan keselamatan
dalam negara kepada pihak luar.
Kata Nasharuddin lagi, Sabtu
berkata, YM Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohon Besar
Raja-raja Malaysia tidak boleh menyertai majlis tertutup tersebut
kerana uzur.
Ujar Nasharuddin lagi, Sabtu telah menerima memorandum yang diserahkannya itu hari ini bagi pihak Ungku Ibrahim.
Sabtu berjanji untuk memanjangkan hasrat Ahli Parlimen PAS pada Majlis Raja-Raja Malaysia kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan