Monday, April 19, 2010
"Saya
dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang
bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir,
kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN
dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya
kepada Bernama hari ini.
Azizan: Bubar DUN jika ramai ADUN keluar parti...
Menteri
Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir
jika masih ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan
pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan
negeri pimpinan PAS itu.
Sebaliknya beliau telah bersedia
menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan
Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku. "Saya dengar macam-macam
cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal
menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini
(lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang
semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama hari
ini.
Azizan diminta mengulas desas-desus yang semakin kuat
kedengaran bahawa beberapa lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di
Kedah akan keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan negeri hilang
majoriti. Sehingga kini kerajaan yang dipimpin pakatan pembangkang itu
sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua Adun daripada Parti
Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei
Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.
Kedua-duanya
mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas. Kerajaan Kedah kini menguasai
20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi,
PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi. Barisan Nasional mempunyai 14
kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah
Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf
Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong
berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan
didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan