Untuk Aljazira Tv klik webtv

Tahniah Malaysia...............

Lebih 200 orang yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat Iraq di negara ini berhimpun membantah kedatangan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Blair (kiri, berbaju cerah) hadir di Malaysia sebagi penceramah jemputan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, anjuran sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura, Success Resources Company.

Hadir sama pada perhimpunan tersebut ialah Presiden Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali dan NGO lain seperti Belia 4B Malaysia, Persekutuan Persatuan Kwong Siew Malaysia, Viva Palestina Malaysia dan Yayasan Perang Penjenayahan Kuala Lumpur.

Mereka membantah sekeras-kerasnya kehadiran Blair kerana peranan bekas perdana menteri Britain itu dalam pendudukan tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat di Iraq pada 2003, yang mengakibatkan kematian lebih sejuta rakyat Iraq.

Sebelum ini Ibrahim berjanji ribuan selipar akan "menyambut" Blair jika beliau menjejakkan kaki ke negara ini.

Bagaimanapun, kehadiran mereka dikawal ketat oleh lebih 50 anggota polis yang berkawal di sekitar pusat konvensyen berkenaan sejak awal pagi.
Blair dilaporkan masuk di pusat konvensyen berkenaan menerusi laluan lain.
Sementara itu Berita Harian Online melaporkan Ibrahim Ali kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Blair berikutan kawalan keselamatan polis yang ketat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway Pyramid, Petaling Jaya.
Katanya, beliau hanya dapat menyerahkan memorandum kepada wakil Blair yang beliau sendiri tidak tahu namanya di pusat konvensyen berkenaan.
Kumpulan berkenaan bersurai kira-kira 11.30 pagi tadi.

1 ulasan:

  1. alahaiiiii satu malaysia...PERKASA Dah tak perkasa dah.... masa cakap hari tu.. nak baling kasut... nie satu kasut pun tarak nampak... Tahniah.. disaat saudara islam di bunuh dan di dera... bagusss 1 malaysia....

    BalasPadam