GUAR CHEMPEDAK, 22 Mei: Umno BN diingat jangan terlalu mengambil risiko menyerang negeri-negeri Pakatan Rakyat dengan kaedah memujuk Adun PR lompat parti, kerana tiada jaminan Umno BN akan menang pada pilihan raya umum nanti nanti.
Ahli Majis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat, Datuk Johari Abdul (gambar) berkata, beliau juga tidak nampak strategi Umno BN itu akan membuahkan kejayaan, apatah lagi mahu merampas kembali pentadbiran negeri yang telah dimenangi PR dalam pilihan raya umum yang lalu.
"Mereka (BN) juga jangan ambil risiko dan ingat mereka hebat, kalau pun diadakan pilihan raya jangan ingat BN akan menang, belum tentu BN akan menang," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas serangan terhadap negeri Kedah sehingga kerajaan negeri menganjurkan ceramah khas isu bubar Dun malam ini.
Menurutnya, isu pembubaran Dun Kedah hanyalah mainan politik Umno dan perang psikologi mereka terhadap kerajaan PR Kedah.
Umno selaku pembangkang di negeri itu katanya menjadi tidak tentu arah apabila Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya mengawal dan mentadbir negeri dengan baik.
"Mereka mencipta berbagai fitnah, usaha dan helah untuk memporak-perandakan kestabilan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh Ustaz Azizan, namun kerajaan negeri mampu menahan asakan tersebut dengan baik.
"Malam ini, insyaAllah, kita akan himpunkan kesemua Ahli Parlimen dan Adun untuk buktikan kepada rakyat bahawa kita sentiasa berdiri teguh di belakang Ustaz Azizan," katanya ketika ditemui semasa menyaksikan Kejohanan Bola Sepak Liga MB Kedah di Padang Guar Chempedak, tengah hari tadi
Akhirnya keputusan muktamad, keempat adun yang digembargemburkan akan melompat parti telah menyatakan pendirian mereka kekal dalam pakatan rakyat dan sentiasa memberi kerjasama kepada yab dato seri ustaz azizan. semua pemberita telah dijemput. sekarang telah terang lagi bersuloh bahawa barua-barua umno yang jadi dalam provokasi ini. mereka diibaratkan beruk atas pokok dan beruk dengan ketam batu. nasihat kita semua rakyat, pemimpin umno kedah jangan jadi macam beruk sepertimana yab kiaskan dalam penggulungan ceramah tadi. muhasabah diri wahai pemimpin umno sekelian.
BalasPadam