Untuk Aljazira Tv klik webtv

Ezam: Saya berhak jadi senator

Bekas ketua pemuda, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor dan Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.

Dua lagi yang dilantik ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ezam (kiriberkaca mata) yang keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 juga adalah bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mencuri tumpuan suatu ketika dahulu kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.
Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan PKR tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".
Be
rcakap kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan, Ezam membidas pengkrirtik kononya dia tidak layak dilantik sebagai senator.

Sebaliknya menurut Ezam, dia telah membuat sumbangan besar bagi memerangi gejala rasuah di negara ini.

"Hanya saya yang terpaksa ke penjara kerana kesalahan rasuahnya kerana saya dituduh menurut Akta Rahsia Rasmi. Semua tuduhan ini bertujuan untuk memburuk-burukan diri saya,” katanya.

Ezam juga menafikan bahawa pelantikannya itu berkait dengan tindakannya meninggalkan PKR dan menyertai Umno semula.

Sebaliknya, bekas setiausaha politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata dia dilantik sebagai senator kerana peranan yang dimainkannya dalam pertubuhan NGO, gerakan menentang rasuah (GERAK).

"Saya amat berpuas hati dengan kedudukan saya sebelum ini. Jawatan ini bukannya sesuatu yang besar. Ia bukannya satu ganjaran,” katanya.
Sementara itu, Palanivel ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia, perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.
Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan