Khalid berkata, tindakan itu bercangah dengan sikap jabatan itu sebelum ini yang menyatakan bantahan keras terhadap penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Khalid berkata JAIS sebelum ini terlibat secara langsung melalui nazir-nazir masjid dalam mengadakan demonstrasi bagi menyatakan bantahan berkenaan.
"Ini hanya boleh dijelaskan melalui sokongan politik (Khusrin).
"Dalam banyak keadaan, beliau bertindak sebagai ejen Umno," katanya lagi.
"Kenapa dia tidak mahu bersuara (dalam isu judi sukan)? Adakah kerana dia masih mengenang jasa sebagai setiausaha Muhammad Taib?
Tambahnya, beliau juga mendesak mufti negeri itu supaya segera mengeluarkan fatwa berhubung pemberian lesen judi tersebut.
Katanya, beliau bimbang masyarakat akan menjadi semakin ghairah untuk berjudi sekiranya tiada fatwa dikeluarkan.
"Orang yang tak pernah berjudi pun mungkin akan berjudi juga akibat keghairahan promosi (perlawanan bola sepak) Piala Dunia," katanya lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan