Untuk Aljazira Tv klik webtv

PAS tuntut menteri, mufti bantah judi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan bantahannya terhadap pengeluaran lesen judi sukan kepada Berjaya Group Sdn Bhd.

"Semalam beliau (Jamil Khir) dengan lantangnya mengeluarkan kenyataan bahawa peguam syarie di mahkamah syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam.

"Namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif. Di manakah suara lantangnya itu?" soal pembantu ketua pemudanya Herman Samsudeen.

Dalam kenyataan hari ini, Herman juga mendesak semua mufti di negara tampil membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen bola sepak itu dan jangan "menutup mata dan menyembunyikan ilmu mereka".

"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berharap para mufti dan golongan yang faham agama bangkit menentang kezaliman akhlak ini. Judi adalah haram dan ianya bukan hanya haram untuk mereka yang beragama Islam (semata-mata), tetapi kepada semua manusia," katanya.

"Walau
pun mereka bekerja dengan kerajaan Malaysia yang mana perdana menteri dan menteri kewangannya serta kabinetnya bersatu menghalalkan judi, tetapi para mufti dan mereka yang faham agama harus bangkit menentang dan tidak mentaati keputusan mungkar itu."

Herman menambah, ekonomi negara ini pasti akan bertambah berkali ganda "jika sumber yang berkat digunakan" bagi membangunkannya.

"Menghapuskan judi juga sekali gus akan memisahkan pendapatan dan gaji para menteri dan mufti yang dibayar kerajaan daripada sumber-sumber yang haram," katanya.

3 ulasan:

  1. Menteri melayu, mufti melayu mana ada prinsip hidup. banyak yang kita tengok epa ni, cari makan, kerja 8.00 pagi hingga 5.00 petang saja. mana ada ikhlas kerja untuk islam. tambahan pula macam jamil khir baharom tu, dia tu dah lari dari ilmu yang belajar kat pondok pak man dulu tu. kena tanya dia, dia ambek duit kat mana dok labor kawasan guar chempedak ni, kita tak mau nak tuduh, tapi harus juga ada duit dari sumber yang haram. orang disurau taman markisa kena siasat balek duit yang sumbang untuk surau taman markisa tu sumber dari mana. Sejak dia jadi menteri umno ni, kerja dia angguk saja, mana dia berani komen bab judi, vinsent tan sergah ja, terkencing dalam seluar.begitu juga tok-tok mufti yang jadi kuda tunggangan umno, mana berani. orang macam ni, nanti kita tengok lah, ditakdirkan pakatan perintah malaysia ni, dia akan kata orang umno semua kaki penipu dan mengarut. begitu lah orang melayu yang tidak ada prinsip hidup.

    BalasPadam
  2. judi nie memang dari dulu lagi.. kat guaq nie pun banyak.... semuanya harammm kalau tak da lesen.... yang kat Gurun Tu halal kot...Sebab ada lesen... tak tau pulak aku kalau ada lesen baru halal..

    tapi ustaz yang ajaq aku dulu masa kat sekolah di kata judi tu haram... JELAS... tak ada dakwa dakwi lagi dah...

    nie buat melayu yang main no ekoq nie... aku meluat betoi... kadang2 aku tengok .. siap baju melayu lagi... waktu magrib dok tgk nomboq ekoq apa ke-jadahnya.. tak malu kaa.. kalau nak main pun hormat la orang lain sikit... (aku tak kata boleh main judi).. mana maruah bangsa melayu... mak bapak susah payah buat kerja nak bagi anak2 rezeki yang halal... tapi anak2 pulak dok pi tikam nombor ekoq... aku tak la baik sangat ,,, tapi meluat dah duk tgk benda yang sama kat negeri kedah nieee... aku nak tanya owang guaq nie... berapa banyak kedai judi yang ada ?

    BalasPadam
  3. Nak tengok orang umno main nombor, diguar chempedak tu kedai kopi dengan kedai gerek depan trafic light jalan hal ke alor setaq. sungai yan pun kedai tayar dengan kedai kopi, satu lagi kedai no 2 sebelah kiri hal ke yan. semua kedai nombor dekat trafic light. petang sat ni, lepas maghrib, kita tengok orang umno berimpun dekat kedai no 2 tu beli resit keputusan nombor. kedai kopi disungai yan tu, siap dengan member polis dok minum kopi cina siap dengan resit free beli nombor. dah dok kata dah 1 malaysia penoh judi. tauke judi besaq kat batu 17. sungai limau luar kedai kudong jalan kampong padang besar, sungai limau dalam pula kat kedai sebelah kedai gerek/kopi, hat tu sulit sikit, pintu belakang. ada lagi sindiket rumah kerumah naik motosikal agen dia kedai kopi sungai yan. dah dok kata dah satu malaysia, dari kepala sampai ke ekor jadi kaki judi. kalau ada orang pas terlibat, mulai hari ini berenti lah kerja haram tu.

    BalasPadam