KOTA SARANG SEMUT, 11 Mei: Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya menggariskan dua fokus utama yang perlu dicapai bagi memelihara kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS negeri ke-44 yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, baru-baru ini.
Ucaptama yang bertemakan 'Memelihara Kemenangan' itu menetapkan halatuju umum bagi memperkasakan tarbiyah di kalangan petugas dan ahli masyarakat yang sekaligus akan memantapkan organisasi kepartian melalui pengukuhan dakwah dan aktiviti penerangan yang dianjurkan.
Katanya lagi, fokus kedua adalah meningkatkan dan memantapkan gerak kerja pilihan raya di peringkat pemuda melalui pelancaran Pemuda Pertahan Kemenangan Kedah yang bertemakan 'Orang Muda Geng Kita'.
"Bagi mencapai kejayaan terhadap apa yang telah digariskan, maka seluruh jentera pemuda iaitu lajnah dan jabatan-jabatan yang ada dalam organisasi DPPNK telah diamanahkan untuk memainkan peranan masing-masing.
"Demikian juga di peringkat kawasan, pemuda juga bertanggungjawab memberi kerjasama terhadap perancangan, arahan serta apa jua program yang disusun atur," katanya.
Menurut Ahmad lagi, pendidikan yang menjadi nadi utama perjuangan DPPNK sejak generasi terdahulu terus diberi perhatian dan keutamaan dalam gerak kerja memperkasakan tarbiyah di kalangan generasi pelapis.
"Pada tahun ini, sebuah lagi sekolah agama di bawah kendalian penuh DPPNK diasaskan, iaitu, Sekolah Menengah Agama Al-Baqiatussalihat (SMART) di Langkawi menjadikannya yang ketiga selain dari Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) dan Sekolah Agama Intergrasi Faizin (SAIF)," katanya lagi.
Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga menaruh harapan dan kepercayaan kepada pemuda apabila memberikan jawatan-jawatan dan peranan penting dalam kerajaan.
"Beberapa jawatan penting dalam kerajaan disandarkan kepercayaan kepada pemuda, antaranya, Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar, Pegawai-pegawai Khas Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Daerah dan yang terbaru Timbalan Speaker DUN Kedah.
"Ini adalah bukti bahawa kepimpinan negeri amat menitik-beratkan pelapis kepimpinan. Amanah ini membuka ruang yang amat baik kepada pemuda untuk menimba ilmu pentadbiran kerajaan secara amali di samping memberi khidmat kepada masyarakat," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar pemuda melengkapkan diri dengan ilmu kepimpinan dan mengingatkan mereka agar tidak meminta jawatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan