Untuk Aljazira Tv klik webtv

Pendaftaran pengundi semakin sukar?

Masih terdapat 4 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi masih belum mendaftar di sebalik gesaan supya berbuat demikian.

Kumpulan ini sering-kali menjadi buruan ahli-ahli politik dan juga pertubuhan bukan kerajaaan kerana mereka merupakan kira-kira 28 peratus daripada golongan yang layak mengundi.

Daripada jumlah itu, Selangor mempunyai jumlah yang tertinggi iaitu seramai 787,000 orang dan diikuti oleh Johor - 605,000, Perak - 526,000 dan Sarawak - 473,000.

Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH) juga pernah menganjurkan perhimpunan besar-besaran menuntut supaya senarai daftar pendundi dibersihkan dan sistem undi pos ditamatkan.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (bawah, kanan) yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara masalah berpunca daripada peraturan ketat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, SPR menggesa semua parti membantu mendaftarkan mereka yang layak mengundi tetapi npada masa yang sama menjadikan proses berkenaan terlalu birokratik.

Terdapat dua cara bagi rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas boleh mendaftar.

Pertama, yang dianggap pendekatan pasif iaitu dengan mengunjungi mana-mana pejabat pos atau menghantar permohonan secar terus kepada pejabat negeri SPR.

Kedua, pendaftaran boleh dibuat di kaunter pendaftaran yang didirikan di pusat membeli-belah, pesta yang dianjurkan oleh parti-parti politik dan NGO seperti Extraordinary People Impacting Community (Epic) and Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).

Dengan bantuan penolong pendaftar yang diiktiraf oleh SPR, parti-parti seperti DAP, PAS dan juga Umno dengan aktif mendaftar pengundi baru.

Terdapat 3,500 penolong pendaftar yang diiktiraf oleh SPR, 2000 daripada mereka adalah daripada cadangan parti-parti politik manakala 1,000 lagi adalah kakitangan awam.

Semua mereka ditauliahkan oleh SPR.

Namun menurut Pua, penolong pendaftar yang dilantik sebelum pilihan raya 2008 telah ditamatkan perkhidmatan mereka manakala kumpulan baru yang dikemukakan selepas pilihan raya umum hanya diluluskan pada pertengahan Jun 2009.

“Apabila pengundi baru didaftarkan, ia mengambil masa enam bulan sebelum nama mereka digazetkan dalam senarai pengundi dan pada kadar ini, tidak mungkin kita akan dapat mendaftar empat juta pengundi baru.
“Lebih memburukkan keadaan, apabila hanya seorang penolong pendaftar bagi setiap parti dibenarkan dilantik bagi setiap kawasan parlimen dan semua mereka bekerja secara sambilan,” katanya.

Tahun lalu, DAP dan Umno menghantar senarai penolong pendaftar mereka bagi menggantikan mereka yang tidak lagi aktif tetapi SPR masih belum mengesahkannya.

Menurut Pua, SPR telah berjanji menyelesaikan masalah itu menjelang Februari lalu dengan menambahkan bilangan penolong pendaftar kepada dua orang bagi setiap kerusi dewan undangan negeri tetapi sehingga kini ia belum dilaksankan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan