Untuk Aljazira Tv klik webtv

Kerajaan bentang usul kecam Israel

Kerajaan akan membentangkan satu usul di Dewan Rakyat Isnin ini bagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dua hari lalu.

NONEMenurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, keputusan untuk pembentangan usul itu dibuat dalam mesyuarat kabinet hari ini.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia akan mengusulkan agar pencabulan dan keganasan yang dilakukan oleh Israel itu dibawa ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri juga mengarahkan Wisma Putra supaya menyelamatkan kesemua rakyat Malaysia itu.

Pagi ini, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Seisrael forces pull out of gaza attack 190109 02ramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyenAstro Awani berada dalam kapal Turki, “Mavi Marmara”, dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.

Israel, yang dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa dilaporkan berkata, ia akan mengusir keluar kesemua 682 sukarelawan dari 35 negara yang ditahannya dalam serangan itu. 

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan