Untuk Aljazira Tv klik webtv

Pengganas: K'jaan cuba alih tumpuan rakyat

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan hari ini kerana cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu nasional kepada kononnya kegiatan pengganas di negara ini pada tahap membimbangkan.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional dan Umno cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu seperti judi sukan, pembabitan Israel melalui firma antarabangsa Apco Worldwide dan pemberian tanah-tanah utama di Kuala Lumpur kepada sektor swasta.

"Tindakan pengganas tidak boleh dipertahankan dalam apa cara sekalipun tetapi mereka mesti matuhi undang-undang,” kata Anwar.

"Di mana bukti bahawa terdapat kegiatan pengganas? Jika ancaman sebegitu mengugatkan mengapa suspek berkenaan diekstradisi tanpa didakwa?” soalnya.
Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini. Beliau mengulas perhatian serius yang diberikan kerajaan Malaysia kepada fenomena keganasan antarabangsa seperti serangan Israel keatas flotilla keamanan ke Gaza.
"Dalam beberapa minggu ini nampak peningkatan ada propaganda baru tentang ancaman terlampau, kemudian hendak tegakkan negara Islam. Saya tengok ini adalah satu percubaan Umno BN kerajaan untuk mengalih pandangan isu lesen judi, isu Apco dan penyerahan tanah-tanah aset terpenting negara seperti di Wilayah Persekutuan, Sungai Buloh, Sungai Besi, Tanah Keretapi, Sentul, Pudu dan juga diserahkan kepada syarikat swasta dalam masa singkat," katanya.

"Sebab itu kita hendak bagi tahu rakyat jangan terpedaya dengan cubaan Umno BN mengalih pandangan daripada isu besar dalam negara. Kemudian untuk menakutkan rakyat menimbulkan ketegangan baru. Ini peringatan kita supaya kerajaan kalau benar, mesti bentang perkara ini di parlimen, supaya kita dapat tengok buktinya kalau ada, dan kalau ada wajar disokong," katanya

1 ulasan:

  1. Issue pengganas yang ditimbulkan dalam masa terdekat ini dilihat sebagai mengalihkan dan melupakan issue-issue penting terdahulu yang telah menggugat kedudukan umno bn. Jika diteliti zaman najib lah banyak sekali issue yang telah mengganggu gugat pentadbirannya. Apa pun kita selaku ummat islam tidak terpengaruh dengan prancangan yahudi laknattullah. Tugas dan peranan kita diperingkat grass root sekarang perlu menjelaskan akan perkara yang sebenarnya berlaku. Walau bagaimana pun bagi penyokong umno yang totok, kata pi apa pun dia pasti tidak percaya dengan adu domba yahudi laknattullah ini sebab otak depa telah dikongkong oleh utusan meloya yang setiap hari menyembunyikan fakta sebenarnya, tambahan pula baleklah wakil-wakil depa yang cari makan untuk perut sendiri, bagi tau, semua perkara yang dikatakan itu fitnah belaka, walhal telah diketahui seluruh dunia. Inilah yang perlu kita fikirkan bagaimana nak meyakinkan penyokong-penyokong tua tegar umno ini. sama-samalah kita fikirkan. Dimalaysia kita ini pengganas sebenarnya ada didepan mata kita, harap kita berhati-hati dan sedia maklum.

    BalasPadam