"Bahawa kami bersepakat Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi memastikan hagemoni Israel dikekang dan negara tidak dimanipulasi oleh mana-mana kuasa yang mempunyai kaitan dengan Israel sama ada secara langsung atau tidak langsung," resolusi itu dipetik.
Persidangan dua jam bermula jam 11 pagi tadi yang menampilkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga merumuskan:
- M
- Menuntut semua barangan bantuan kemanusiaan dipulangkan kembali kepada penganjur flotila Kebebasan sebagai hak yang mesti disampaikan kepada rakyat Palestin di Gaza.
- Menuntut semua badan-badan antarabangsa memastikan agar kepungan terhadap Gaza yang dikenakan Israel dengan bantuan Mesit hendaklah ditarik balik.
- Menyokong perjuangan rakyat Palestin sebagai perjuangan keadilan untuk mendapatkan hak yang sah yang perlu didokong oleh semua masyarakat dunia merentas bangsa dan agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan