Untuk Aljazira Tv klik webtv

Banjir Di Pendang Pulih Sepenuhnya

PENDANG, 4 Sept (Bernama) -- Keadaan banjir di Pendang kini telah pulih sepenuhnya dan kesemua 182 mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai pagi Jumaat.

Penghulu Mukim Guar Kepayang, Mohd Isa Mohd Arif berkata kesemua pusat pemindahan banjir juga akan ditutup tengah hari ini setelah air sungai mulai surut dengan cuaca panas sejak kebelakangan ini.

Sebanyak 14 buah kampung di daerah itu dilanda banjir sejak minggu lepas yang menyebabkan 182 orang daripada 56 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kompleks Rakan Sukan Tanjung Radin.

"Kita berharap mereka dapat menyambut hari raya di rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama di sini , Jumaat.

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=438011&cat=ut