KANGAR, 25 Feb: PAS Perlis menafikan pembabitan mantan
Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Abd Rashid Abd Rahman dalam
jawatankuasa parti itu sepertimana yang dilaporkan dalam Berita Harian
hari ini.
Laporan tersebut dimuatkan pada seksyen Nasional akhbar berkenaan
hari ini dengan tajuk "Hakim nasihat Ketua Dewan Ulama PAS Perlis:
Selesaikan kes tuntutan hak jaga tiga anak secara sulh".
Menurut Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis, Hairy Hashim, laporan
akhbar tersebut adalah tidak tepat memandangkan Abd Rashid sudah tidak
lagi memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Perlis.
"Ustaz Abd Rahid telah mengemukakan surat perletakan jawatan beliau
pada bulan Julai lalu. Badan Perhubungan PAS Perlis yang bermesyuarat
pada 21 Julai memutuskan bahawa permohonan beliau ditangguhkan sehingga
ke mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Perlis berikutnya.
"Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perlis yang diadakan pada bulan
Disember lalu telah dimaklumkan bahawa perletakan jawatan beliau telah
dipersetujui.
"Jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis kini dipangku oleh Naib Ketua, Ustaz Salleh Adam (gambar)," jelasnya.
Untuk itu, PAS Perlis meminta pihak yang terbabit membuat pembetulan
yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang fitnah dan kekeliruan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan