Angka-angka dalam posting sebelum ini saya tujukan kepada yang menuduh
Kedah makin mundur sejak diperintah Pakatan Rakyat. Tumpang tuju juga
kepada Adun Guar Chempedak yang meminta angka dalam Utusan Malaysia
hari ni.
.
Ada sikit lagi nak bagitau, supaya soalan depa lepas ni ditujukan kepada depa sendiri pulak laaa.
.
i. Kenaikan kutipan royalti bahan batuan sebanyak RM19 juta kerana usaha penguatkuasaan yang rapi oleh pejabat-pejabat tanah.
.
ii.
Kenaikan hasil balak daripada RM8 juta setahun sebelum ini (sebelum
2008) kepada RM35 juta pada 2009 hasil polisi tender terbuka Kerajaan
Negeri.
.
iii. Sumbangan daripada 11 GLC kepada Kerajaan Negeri
sebanyak RM30 juta. Inilah bayaran pertama kali diterima oleh Kerajaan
daripada GLC selepas usaha-usaha penyusunan semula GLC oleh kerajaan
Pakatan Rakyat.
.
Bagi tahun 2009, Kerajaan Negeri masih menunggu
bayaran daripada kerajaan Persekutuan sebanyak RM40 juta yang
sepatutnya dibayar sebelum Oktober setiap tahun.
.
Inilah
peningkatan sepanjang 2 tahun memerintah. Kata MB, tanam durian pun 6
tahun baru berbuah, inikan perancangan pembangunan negeri...tentulah
memerlukan masa yang lebih lama.
.
Depa yang menuduh dan meminta
angka tu pernah memerintah Kedah selama lebih 50 tahun... banyak la
juga yang depa buat, kita tak nafikan...tapi banyak juga yang depa
minta kita buat itu dan ini, depa tak dapat buat sepanjang 50 tahun
itu, contohnya peningkatan hasil balak dan penurunan kadar cukai tanah.
.
Buka la beg sidang dewan hari tu..belek la sikit, tentu jumpa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan