Dalam sinar harian dua hari lalu, Pengerusi
Perhubungan UMNO Kedah yang juga seorang Menteri Pusat, seorang Naib
Presiden UMNO Malaysia menuduh Kedah semakin mundur sejak dua tahun di
bawah Pakatan Rakyat. Setahu saya dia berasal dari negeri paling ramai
orang miskin di Malaysia, Sabah! Hanya pabak mertuanya orang Kedah.
.
Saya
tak tahu asasnya membuat tuduhan itu, mungkin teks ucapannya ditulis
oleh orang lain . Seorang Adun BN membuat kenyataan di Utusan Malaysia
hari ini, meminta YAB MB memberikan angka-angka pembangunan dan
kedudukan sosioekonomi untuk membuktikan Kedah tidak mundur. Maklumlah
Adun itu ada PhD, dulu jadi orang besar di JPM.
.
Setahu
saya, dalam kes macam ini, beban mengemukakan bukti terletak pada orang
yang menuduh. Dia yang sepatutnya mengemukakan bukti berupa data-data,
angka statistik, kajian EPU, dan apa saja yang sesuai dengan kedudukan
sebagai Menteri dan Adun yang ada PhD, bahawa tuduhan mereka berasas.
Kalau tak dak bukti seperti yang dia cuba pancing itu, sahlah depa ni
pun jenis politik kedai kopi...nampak macam cerdik...tapi...
.
Dalam
ucapan pembentangan Bajet 2010 pada 17 November 2009, YAB MB telah
menyebutkan kedudukan KDNK, penurunan kadar kemiskinan program-program
ekonomi yang telah, sedang dan akan dijalankan untuk menjana
pertumbuhan. Sebahagian daripada angka-angka tersebut diperolehi
daripada Unit Perangcang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri. Ia
dibentangkan oleh YB Menteri Di JPM, Tan Sri Noor Mohamad Yaacob dalam
perjumpaan dan taklimat tentang RMK -10 dengan Kerajaan Negeri.
Angka-angka itu seperti berikut:
.
i.
Kemasukan Pelaburan yang diluluskan di Kedah pada 2009 berjumlah
RM837,345,329.00. Menduduki senarai kelima negeri tertinggi menerima
pelaburan selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Perhatikan
senarai 5 negeri ini, 3 daripadanya adalah negeri di bawah PR.
.
ii.
Kadar kemiskinan menurun daripada 7% pada 2004 kepada 3%. Kadar
kemiskinan tegar telah berkurang daripada 1.3% pada 2004 kepada 0.3%.
.
iii. Pendapatan purata kasar bulanan isirumah meningkat daripada RM2,126 pada 2004 kepada RM2,408.
.
iv.
Kadar pertumbuhan ekonomi Kedah hampir sama dengan Kerajaan
Persekutuan. Pada 2008, KDNK Kedah mencatat sebanyak 4.6% manakala KDNK
Malayasia ialah 4.8%.
.
Inilah
barangkali angka-angka yang diminta YAB MB dedahkan. Memang sudah
didedahkan, sudah dibukukan, sudah dibahaskan dan sudah disahkan di
Dewan Undangan Negeri. Inilah yang terkandung dalam Bajet Kedah 2010.
Adun Guar Chempedak adalah antara ahli dewan yang paling banyak
bertanya dalam sidang itu, tapi saya tak tau dia jenis pelupa...atau
dia tanya dalam tidurrr!
.
Niii... sapa-sapa yang jumpa dia di kedai kopi tang mana-mana, tolong bagi kat dia sat! Khalasss.
sumber : http://sanusisetpol.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan