Alhamdulillah, pemacu ekonomi Kedah telah memasuki Fasa baru
di bawah pemerintahan PR Kedah. Tidak sampai sehari memerintah, projek ini telah
berubah tapak dari tanah sawah ke laut. Selamatlah tanah rakyat seluas 4,300
ekar di kawasan sawah tersubur dalam kawasan MADA.
Setelah 4 bulan berbincang, perancangan baru dibuat dan
diluluskan segera. Ketelusan dan kerja keras Pimpinan Kerajaan Kedah di bawah
YAB Dato' Seri Ustaz Azizan, telah menarik lebih banyak syarikat untuk terlibat
dalam projek ini. Pelaburan telah meningkat sebanyak 32 bilion (dari 51 bilion
kepada 83 bilion). Projek ini akan mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan baru
dalam sektor industri minyak bagi rakyat Kedah. Ini adalah satu pencapaian besar
dalam sejarah Kedah. Ia dicipta hanya pada penggal pertama pemerintahan PR
pimpinan PAS di Kedah.
Ia akan menjadi projek penapisan minyak terbesar di Malaysia
dan Asia Tenggara. Dengan kebijaksanaan pimpinan kerajaan, daripada ditawarkan
syer 5% dalam projek (yang diunjurkan akan mendatangkan hasil kepada Kedah
setelah keuntungan diperolehi, setelah 40 tahun operasi), telah meminta ditukar
kepada komisyen bagi setiap tong yang diproses, dan dibayar terus kepada
kerajaan yang dijangka mendatangkan hasil sebanyak RM400 juta setahun. Ini
bermakna, walaupun projek ini belum mendatangkan margin keuntungan kepada
pelabur, tetapi kerajaan negeri Kedah tetap mendapat hasil untuk dinikmati oleh
seluruh rakyat negeri ini. Inilah hasil kepimpinan yang mendahulukan rakyat....
Ini belum termasuk industri hiliran daripada anchor project
ini.
Esok kita sambung lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan