Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini menerima surat kelulusan dari
Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menerbitkan akhbar mereka
sendiri.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali memberitahu Malaysiakini
bahawa akhbar berkenaan berjudul Suara Perkasa.
Ditemui di
pejabatnya hari ini, Ibrahim bagaimanapun berkata beliau belum memutuskan tarikh
untuk mula mencetak akhbar berkenaan.
Kelulusan daripada KDN itu diterima hari ini melalui
sepucuk surat, kata Ibrahim.
Akhbar tersebut akan dikeluarkan setiap dua minggu.
Menjawab soalan, Ibrahim berkata: "Tengok kalau kita mampu, kita akan buat
harian pula (selepas ini)."
Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas
kebelakangan sering mendapat liputan media berhubung kenyataannya membela hak
orang Melayu dan Islam.
Beliau membuat kenyataan itu selaku presiden
PERKASA dan menerajui penubuhan Majlis Perundingan NGO Melayu minggu
lalu.
Penerbitan akhbar berkenaan dijangka membuka lebih banyak ruang
kepada Ibrahim yang sering lantang menyuarakan kepentingan Melayu dan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan