Saya baru buat kenyataan akhbar tentang isu penarikan elaun guru agama (takmir ) masjid-masjid Melaka.
Ini
berdasarkan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jaim dan telah
diserahkan seorang sahabat kepada saya sebelum berceramah bersama Ketua
Pemuda PAS Pusat tempoh hari.
Pada asalnya setiap guru takmir
diberikan sebanyak rm50 setiap kali mengajar (rm40 dari Jakim, rm10
dari Jaim ) tetapi bermula Januari 2010, rm40 telah dipotong dan
berbaki rm10 sekali mengajar .
Kerajaan Melaka tidak ambil
tindakan drastik untuk selamatkan sektor agama seperti Ali Rustam
segera keluarkan duit RM5.7 juta untuk selamatkan Yayasan Basmi
Kemiskinan Selangor ( YBK ) yang tak ada kena mengena dengan rakyat
negeri Melaka.
Saya sudah menjangka Ali Rustam dari awal lagi
tidak berminat dengan perkembangan agama walau pun beliau Pengerusi
Maim, baginya industri pelancongan perlu diutamakan kerana mendatangkan
duit.
Jadi saya menyeru guru - guru agama agar bermuhasabah diri dan jangan tertipu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan