Isu sebat masih belum reda lagi. Isunya bukan berkaitan isu pelaksanaan
hukuman sebat mengikut peruntukan syariah yang sebenar tetapi berkaitan
dengan isu sebatan mengikut enakmen undang-undang Islam negeri-negeri
yang sebenarnya tidak menepati kehendak seperti termaktub dalam
landasan syariat sebenar .
Apa-apapun, isu sebatan ini
sekurang-kurangnya menjadi mukadimah kepada pelaksanaan syariat seperti
yang dituntut dalam Islam. Namun apa yang lebih menjegilkan, isu
sebatan ini mendapat tentangan dan kritikan bukan daripada orang bukan
Islam tetapi daripada 'ustazah-ustazah' Umno yang jambul terjojol
keluar dan kain terbelah tepi.
Ada di kalangannya yang
berlindung di sebalik nama NGO seperti Sister In Islam. Tetapi kita
tahu SIS ini merupakan 'perwakilan tetap' setiap kali dalam perhimpuan
Wanita Umno saban tahun.
Salah seorang penyokong kuatnya, tak lain tak bukan ialah Datuk Shahrizat Jalil, Ketua Pergerakan Wanita Umno.
Dalam
satu kenyataan semalam beliau sekali lagi mempertikaikan hukuman sebat
yang telah dilaksanakan oleh Penjara Kajang terhadap tiga orang wanita
yang berzina.
Cuma kenyataannya mungkin sedikit 'berlapik' apabila meminta mereka yang bersalah ini diberi permulihan seperti kaunseling.
Kalau
itu kaedahnya maka selepas ini saya mengesyorkan agar hakim-hakim di
mahkamah syariah di negara ini tidak lagi menjatuhkan hukuman
sebaliknya memadai dengan dijatuhkan hukuman mengikuti sesi kaunseling.
Kalau tak cukup kaunselor, hakim sendiri pun boleh jadi kaunselor juga!
Maka
selepas ini orang Islam negara ini tak kisah dan tak takut-takut lagi
nak berzina, berjudi dan minum arak kerana mereka tidak lagi akan
disebat, denda atau penjara cukup sekadar mengikuti sesi kaunseling
untuk menebus dosa-dosa mereka.
Maka akan meriahlah nanti
bilik-bilik kaunseling dengan tangisan dan jeritan anak-anak zina yang
bersama dengan ibu mereka mengikuti sesi kaunseling.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan