Untuk Aljazira Tv klik webtv

Kampus induk Insaniah bakal jadi kenyataan

Oleh: AMELIA HASHIM KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Ustaz Azzian Abdul Razak menjadi saksi majlis meterai kemudahan pembiayaan bernilai RM330 juta antara Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) dengan Kedah Sato Sdn Bhd (KKSB) bagi pembinaan dan pembangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, Baling. Kemudahan pembiayaan kewangan Islam bersendiket oleh BIMB yang bertindak sebagai pengatur utama pembiayaan itu dengan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM200 juta, manakala Affin Islamic Bank Sdn Bhd sebagai pengatur bersama akan membiayai baki sebanyak RM130 juta. KSSB ialah anak syarikat milik penuh Bina Darul Aman Bhd (BDB) diwakili pengarah Urusannya Dato’ Jahubar Sathik Abdul Razak, manakala Affin Islamic Bank oleh Timbalan Ketua Eksekutifnya Abdul Rani Lebai Jaafar. Pengarah Urusan BIMB Dato’ Zukri Samat berkata, menerusi struktur pembiayaan itu, KSSB akan menyelesaikan kemudahan berkenaan dalam tempoh 15 tahun termasuk tempoh tangguh selama tiga tahun. Selain itu, katanya, BIMB merancang membuka 10 lagi cawangan baru di seluruh negara tahun ini, membabitkan pelaburan kira-kira RM7 juta termasuklah Alor Setar, Bukit Jeutung dan Sri Petaling di Lembah Kelang dan Sibu dan Sabah. Menurutnya dengan pelaburan purata RM700 ribu bagi setiap cawangan bergantung kepada saiznya dan yakin cawangan baru bukan sahaja dapat mebantu meningkat lagi penguasaan pasaran BIMB malah turut berupaya memenuhi permintaan terhadap produk berlandaskan syariah. Pembukaan cawangan baru itu juga akan menambah jumlah cawangan BIMB kepada 110 menjelang akhir tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan