Untuk Aljazira Tv klik webtv

Nasib mangsa kebakaran Sungai Limau dapat perhatian

Nasib mangsa kebakaran Sungai Limau dapat perhatian

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
YAN, 17 Februari:  Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (PBANK) prihatin dengan nasib 13 keluarga yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran 14 deret rumah kedai di Pekan Sungai Limau pada 15 Februari 2010.



 
Yang Dipertua PBANK, Tunku Bendahara, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah meluangkan masa meninjau tempat kejadian, selain menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada kesemua mangsa.
Majlis penyerahan sumbangan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Cina Yok Ming yang merupakan penempatan sementara kesemua mangsa kebakaran.
Hadir sama ialah Toh Puan Bendahara, YTM Dato’ Noor Suzana Abdullah dan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak serta beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


Seramai 11 keluarga Cina dan dua keluarga Melayu menerima sumbangan masing-masing daripada PBANK dan Kerajaan Negeri, selain bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan