KOTA BHARU, 25 Feb:
Seramai 40 orang petugas dan pemain skuad bola sepak Kelantan atau
‘Red Warriors’ bakal menunaikan umrah pada minggu kedua bulan Ogos
tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia,
Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, skuad berkenaan akan
menunaikan umrah dengan sumbangan kerajaan negeri sebagai memenuhi
janji kepada pasukan itu yang telah layak ke separuh akhir Liga Perdana
musim lalu.
Katanya, tarikh berkenaan dipilih mengikut cadangan yang dikeluarkan oleh pihak KAFA sendiri.
“Walaupun kita telah menghantar surat tahun lalu, namun pihak mereka hanya bersedia menunaikan umrah pada bulan Ogos.
“Mungkin
waktu itu ruang untuk mereka tidak lagi terbatas atau mungkin juga
mereka ingin berada di tanah suci sewaktu bulan Ramadan,”ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian kepada media, di pejabatnya di sini tengahari tadi ketika diminta mengulas berhubung perkara itu.
Tahun
lalu, mesyurat exco telah memutuskan untuk menghantar umrah kepada
semua pemain dan petugas menunaikan umrah, sebaik sahaja negeri itu
layak ke peringkat akhir bagi merebut Piala Malaysia 2009.
Abdul
Fatah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau turut
mengakui kerajaan negeri setakat ini tidak memberi sumbangan dalam
bentuk wang tunai kepada KAFA bagi membantu pasukan itu dalam memajukan
bidang bola sepak di negeri ini.
Bagaimanapun, jelasnya,
kerajaan negeri lebih memberi tumpuan dalam bentuk sokongan moral dan
mengurangkan bayaran levi kepada Perbadanan Stadium untuk mengurangkan
bebanan pada persatuan.
“Selain itu juga kita turut menyampaikan
bayaran intensif lain kepada pemain bola sepak yang menaikkan nama
serta mutu bola sepak Kelantan di bawah presiden KAFA, Tan Sri Annuar
Musa,”ujarnya.
Tambahnya, sebagai contoh terkini menghantar skuad ‘Red Warriours’ ke tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah.
Beliau
juga mengumumkan, pasukan Red Warriors akan mengerjakan umrah ke tanah
Suci Mekah pada minggu kedua Ogos depan sebagai memenuhi janji kerana
pasukan itu layak ke separuh akhir Liga Perdana musim lalu.
Menurutnya,
kerajaan negeri juga berharap kejohanan bola sepak Piala Menteri Besar,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Piala Tok Guru) dapat dimasukkan dalam
senarai aktiviti bola sepak dikendalikan oleh KAFA.
Terdahulu
dalam sidang medianya beliau memberitahu kerajaan negeri buat
julungkalinya akan mengadakan Karnival Bola Sepak Bawah 14 dan 16 Tahun
Terbuka Kelantan 2010.
Karnival berkenaan akan berlangsung
selama tiga hari bermula 19 hingga 20 Mac bagi merebut piala Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri 2010.
Menurutnya,
johan kategori bawah 14 tahun akan membawa pulang RM1,500 diiringi
piala, madel dan sijil, naib johan, RM1,000 dan ketiga RM500 dan
saguhati suku akhir RM300.
“Manakala kategori bawah 16 tahun
johan RM2,000 beserta piala, madel dan sijil, naib johan RM1,500, medal
dan sijil, ketiga bersama RM700 (setiap satu) berserta madel dan sijil
dan saguhati suku akhir RM400 disamping sijil,”ujarnya lagi.
Pada
majlis itu juga, Fatah turut menyampaikan cek bernilai RM12,000 kepada
Pengerusi Akademi Bolasepak Darulnaim, Mahadi Yussof.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan