Siapa masuk siapa keluar ?
Siapa masuk, siapa keluar..Tajuk sinar hari ni....
Rombakan
EXCO adalah adalah bidang kuasa dan hak eksklusif MB. Setelah nama-nama
baru dan lama dipersembahkan kepada Tuanku Sultan untuk perkenan
baginda, barulah ia boleh diumumkan. Memang kelmarin, selepas Mesyuarat
EXCO, MB sebut tentang hal ini apabila ada wartawan bertanya. Jadi kita
tunggulah dengan sabar... MB punya alasan dan sebab musabab untuk
berbuat demikian.
.
Cara
MB bekerja membina ketenangan dan keselesaan, ini yang tidak berlaku di
negeri-negeri PR yang lain....Dalam tempoh 25 tahun di Kedah, zaman Ust
Azizan jadi MB adalah tempoh paling aman antara orang politik dengan
pegawai tadbir... kami syok buat kerja dengan aman.... kata seorang
pegawai kanan kerajaan kepada saya beberapa hari lalu.
Saya
jawab MB menjaga hubungan dengan semua orang, semua kelompok dan semua
pihak, hingga kadang-kadang mendapat kritikan daripada penyokong parti.
MB menjaga hubungan dengan Istana, dengan KCS, dengan kerajaan Pusat
dan dengan orang ramai. Dengan menolak konfrantasi dan membina hubungan
baik dengan semua orang, prestasi boleh ditingkatkan dan potensi boleh
berkembang.
.
Hingga
pada satu ketika MB menegaskan mana-mana orang yang dilantik ke
mana-mana tempat dalam kerajaan ataupun GLC yang tidak boleh mengikut
cara beliau bekerja bolehlah berhenti... Khalas!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan