Penduduk di kawasan pantai selatan Sabah dinasihatkan menjauhi pantai kerana
terdapat kemungkinan akan berlaku keadaan laut bergelora dan kenaikan paras laut
bermula 12 tengah hari sehingga 6 petang hari ini, menurut kenyataan akhbar
Jabatan Meteorologi Malaysia.
Katanya, ini berikutan kejadian gempa bumi
kuat berukuran 8.8 berskala Richter 90 km dari timur laut bandar Conception,
Chile kira-kira pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang waktu Malaysia)
Sabtu, lapor Bernama.
Kebimbangan tersebut ekoran gempa bumi berukuran 8.8 di
Chile semalam, dengan negara-negara di Lautan Pasific bersiap sedia memindahkan
rakyat mereka ke tanah tinggi.
Siren pemindahan penduduk memenuhi ruang
udara Hawaii, French Polynesia dan Selatan Pasific. Gempa bumi di Chile
mengakibatkan sekurang-kurangnya 147 orang terkorban.
Kira-kira 50 negara
dan wilayah dari New Zealand ke Jepun sebelum ini pernah dilanda tsunami di
Lautan India yang mengorbankan lebih 220,000 nyawa.
Lima belas jam selepas gempa semalam, ombak tsunami melanda pantai Chile dan
wilayah barat French Polynesia dan kepulauan Chatham di New Zealand. Para
pegawai bimbang ia bakal diekori ombak yang lebih besar.
Pusat amaran
tsunami pasific, memberi amaran mengenai kemungkinan 'kerosakan besar' akibat
hempasan ombak yang boleh mencecah sehingga tiga meter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan