PKR menyerahkan senarai baru calon-calon untuk dilantik sebagai exco
kerajaan Kedah untuk dipertimbangkan menteri besarnya Datuk Seri Azizan
Abdul Razak.
"Pertukaran tersebut untuk meningkatkan
keberkesanan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan ia juga
selari dengan janji kita untuk meningkatkan prestasi kerajaan negeri,"
kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution.
Undang-undang negeri mensyarakat pelantikan exco baru Kedah dibuat bulan depan.
Daripada
10 kerusi exco di negeri itu, tiga daripadanya diberikan kepada PKR.
Mereka adalah M Manikumar (pelancongan dan hal ehwal masyarakat India),
Lim Soo Nee (pelaburan dan hal ehwal masyarakat Siam) and Tan Wei Xu
(Pengangkutan dan hal ehwal masyarakat Cina).
Antaranya
ketika-tiga wakil rakyat itu, khabar angin bertip kencang bahawa Tan
akan digugurkan, antanya berkaitan prestasi semasa beliau.
Sementara itu, Bernama melaporkan,
Azizan berkata beberapa anggota exco ungkin digugurkan setelah dua
tahun memegang jawatan berkenaan bagi memberi peluang kepada muka baru
untuk menggalas tugas terbabit.
"Saya akan tengok kesesuaian
untuk mencari yang terbaik, nak bagi orang lain pula cuba kemahiran
masing-masing, tapi saya akan maklumkan kepada Tuanku Sultan terlebih
dahulu," beliau dipetik berkata kepada pemberita di Alor Star hari ini.
Beliau
berkata istiadat mengangkat sumpah memegang jawatan dijangka diadakan
minggu depan dan akan turut melibatkan beberapa perubahan daripada segi
portfolio setiap anggota exco.
Mengenai kuota pelantikan exco, Azizan berkata ia mungkin dikekalkan iaitu tujuh daripada Pas dan selebihnya daripada PKR.
komen : jangan dok dengar tv/radio sangat.. kalau nak tau lanjut lihat la blog kerajaan kedah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan