Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung sebuah blog
menyiarkan artikel "SPRM Kelantan Pro Pas: Siasatan Kes Nik Aziz
Terbengkalai".
Ketuanya, Anuar Sapian berkata pergerakan itu
membuat laporan itu kerana mahu SPRM menyiasat dakwaan itu kerana SPRM
merupakan sebuah badan bebas.
"Kita mohon Ibu Pejabat SPRM
di Putrajaya mengambil tindakan terhadap apa yang didakwa di dalam
laman blog berkenaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan
di Putrajaya hari ini.
Sementara itu, Pengarah Bahagian
Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahya menafikan dakwaan
bahawa suruhanjaya itu tidak melakukan siasatan terhadap dakwaan rasuah
membabitkan menteri besar Kelantan itu.
Sebaliknya, kata beliau,
SPRM Kelantan telah selesai menjalankan siasatan kes tersebut dan
kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk
tindakan lanjut.
"SPRM Kelantan sudah selesai menjalankan siasatan kes rasuah membabitkan menteri besar Kelantan itu Januari lalu.
"Sekarang,
kita kena tunggu dan terpulang kepada Pendakwa Raya sama ada mahu
melakukan pendakwaan atau tidak," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat
SPRM di Putrajaya hari ini.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan