Ditulis oleh : admin mp.jerai <mp.jerai@gmail.com
Kecoh 1 Malaysia dengan ceritera "firaun kecil" terbitan MP Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menjadi pencetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat semenjak dua menjak ini.
MP KBB itu tak menyatakan secara khusus siapa sebenarnya "firaun kecil" yang dimaksudkan, tetapi pemuda Umno melalui ketua penerangannya Reezal Merican, meminjam kalimah itu untuk dipadankan dengan KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Anugerah
ini adalah pengiktirafan pemuda Umno kepada LGE kerana jasanya
membatalkan perarakan Maulidur Rasul yang sudah sinonim dengan
masyarakat Islam di negara ini, dan juga kerana arahan tidak
mengizinkan pelawat sebiadap Ibrahim Ali dan pemuda Umno yang
berselindung di sebalik NGO melayu merempuh masuk ke pejabatnya seperti yang berlaku baru-baru ini.
Kalau aspek itu yang diambil
kira oleh Reezal Merican, gelaran "firaun kecil" sudah seharusnya
dianugerahkan juga kepada Adnan Yaakob (MB Pahang), Isa sabu (MB
Perlis) dan Ghani Othman (MB Johor) yang sehaluan dengan LGE untuk
tidak menganjurkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul.
Cumanya
ketiga-tiga 'firaun kecil" tidak pula mengeluarkan arahan melarang
pelawat ke pejabat mereka kerana ketiga-tiganya tidak pernah berhadapan
dengan demonstran yang sebiadap pemuda-pemuda Umno yang macam "monyet" seperti yang terjadi kepada LGE.
Sekiranya insiden demonstran merempuh masuk pejabat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang
baru-baru ini dijadikan iktibar, tindakan LGE itu selayaknya dicontohi
MB dan KM di negeri-negeri lain termasuk PM di Putrajaya itu sendiri
kerana pihak keselamatan kini dilihat gagal bertindak menghalang mereka
yang berdemontrasi secara emosi.
Jika
kita imbau kembali zaman kegemilangan reformasi seketika dulu, pihak
keselamatan (polis) dilihat cukup bertenaga dan meyakinkan apabila
berhadapan dengan jumlah demonstran yang besar, tapi apa yang berlaku
sekarang ini, polis seolah-olah tak ada kudrat dan ketakutan bila
berdepan dengan pemuda Umno yang sangat kecil bilangannya.
Apa
yang dah jadi dengan pasukan keselamatan negara (polis) yang diketuai
mantan Ketua Pemudi Umno itu? Apakah polis juga dah jadi 'sikit lembut'
seperti mana sifat menteri yang bertanggungjawab ke atas mereka?
Mengapa
polis mengizinkan pemuda Umno dan NGO melayu itu bermaharajalela
seolah-olah merelakan perlakuan biadap dan tak bertamadun mereka yang
kononnya berhimpun secara aman itu?
Mengikut
rekod, sejak tumbangnya Umno dan BN di lima buah negeri dalam PRU 12
yang lalu, pemuda Umno dan NGO-NGO yang berasaskan bangsa melayu di
kelima-lima negeri itu aktif berdemontrasi dengan beragendakan isu-isu
perkauman hingga ada ketikanya tergamak menghina penganut agama lain
dalam keghairahan mereka berdemontrasi.
Malangnya,
tak ada satu pun demontrasi itu berakhir dengan tembakan gas pemedih
mata dan siraman air asid ataupun tangkapan ke atas penganjur
demontrasi walaupun secara terang-terang boleh mencetuskan ketegangan
kaum. Malah, ada kalanya demonstran berpeluang menegakkan 'benang
basah' dan membetulkan niat yang terpesong kepada menteri 'sikit
lembut' itu.
Berbeza
sekali dengan demontrasi aman anjuran Pakatan Rakyat yang tidak
langsung menyentuh sensitiviti kaum di negara ini kerana disertai
kesemua kaum utama tapi selalunya berkesudahan dengan pesta mandian air
asid dan tembakan beratus-ratus das gas pemedih mata termasuk tangkapan
ke atas peserta dan penganjur demontrasi.
Jika
ini diambil kira, amatlah tepat tindakan LGE melarang pelawat yang tak
diundang menjejakkan kaki ke pejabatnya memandangkan pasukan
keselamatan yang diketuai menteri 'sikit lembut' dah tak mampu lagi
mengawal para demonstran yang beremosi dan biadap seperti Ibrahim Ali
dan pemuda-pemuda Umno yang berselindung di sebalik NGO-NGO melayu.
Molek
sangat tindakan LGE itu dicontohi semua MB, KM dan PM itu sendiri
selagi wujudnya demonstran-demonstran yang bertunjangkan assobiyah dan
semangat perkauman yang terbukti mengancam keselamatan negara dan perpaduan kaum di Malaysia yang tercinta ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan