Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa
rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang -
tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.
Katanya,
rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk
menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan
Pakatan Rakyat.
Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka
sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman
mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.
Katanya, mereka tidak
seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN
jika beliau dipenjarakan.
Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes
liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur.
Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN
dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara
ataupun tidak.
Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah
bersedia untuk menolak Umno dan BN.
Beliau berkata, rakyat sudah lama
hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti
pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".
Kerana rasuah, katanya,
Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau
Asean.
Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura,
Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya
saing.
"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar
yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
Majlis rumah terbuka itu dihoskan
oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock
Leong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan