Untuk Aljazira Tv klik webtv

Apa sudah jadi dengan Fairus, bekas TKM 1 P.Pinang ?

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin
Apa sudah jadi dengan Fairus, bekas TKM 1 P.Pinang ? Setelah berehat hampir setahun lamanya, blog Alahai Fairus akan diaktifkan kembali. Hal ini demikian kerana ada beberapa perkembangan 'menarik' tentang Fairus yang sedang membuat 'tahana' dan 'onar'nya sekarang. Dia kini bagai orang gila talak !

Ingatlah YB Pakatan Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " -Che'Gu Bard Mohd Sayuti Omar ( Merah Tinta )

BEBERAPA orang penjenguk blog saya ada menghantarkan email minta saya ulas berhubung tindakan ahli politik bernama Mohamad Farius Khairuddin yang menyertai Umno semalam. Fairus ini adalah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulang Pinang. Mulanya saya malas untuk menulis fasal budak Fairus ini yang saya anggap sebagai ahli politik kampungan kerana ia bukan 'lawan' atau bahan ulasan saya selayaknya.

Biarlah orang kata saya ego, tetapi saya memang tidak berapa 'berahi' dengan budak ini. Kalau nak ulas biarlahlah tokoh-tokoh besar yang ada ummmp.... dan hebat macam Najib Razak, Anwar Ibrahim ataupun Husam Musa.

Berbalah atau mengulas budak-budak membuang masa saja. Tetapi kerana ada desakan biarlah saya menulis serba ringkas yang boleh untuk menghilangkan dahaga mereka.

Masa dia jadi TKM 1 Pulau Pinang lagi saya sudah berbulu dengannya. Bagi saya otak politiknya tidak begitu panjang.

Seorang teman di Siasah menceritakan bagaimana atau sejauh mana keupayaan Fairus sebagai ahli politik dan juga gelagatnya semasa di kampus UIA. Kawan itu sekelas dengan Fairus. Menurutnya Fairus ini seorang yang suka berlagak sikit.

Dia sendiri tidak percaya sampai hari ini kalau orang macam Fairus boleh diangkat menjadi timbalan ketua menteri! Itulah saya sudah kata dalam politik ala Malaysia orang bodoh memerintah orang cerdik. Apa nak dihairankan.

Dia memang dikenali sebagai orang tidak ada pendirian, tidak konsisten dan kompiten di dalam politik. Perlantikannya jadi timbalan KM itu sebagai satu nasib baik saja. Masa dia buat masalah di Pulau Pinang saya sudah sebut dia ni kurang cerdik, tolak rezeki dan tolak tuah. Jawatan timbalan KM itu bukan semua orang berpeluang mendapatnya. Kalau dia ada minta atau cita-cita nak perjuangkan Melayu jawatan itu cukup memberi ruang kepadanya. Sayang dia tidak menggunakan kedudukan untuk bangsa dan agamanya.

Sebab itu bila ada seorang kawan Fairus dari Kelantan memberi maklumat kononnya Farius berada dipihak yang betul dan teraniaya semasa beliau hendak diberhentikan jadi Adun Penanti, akibat disiasat SPRM saya tidak berminat nak menulisnya. Kerana saya sudah tahu sedikit sebanyak perangai budak ni. Saya tidak percaya apa yang diberi tahu oleh kawannya dari Kelantan itu sesuatu yang benar.

Dia juga ada kes dengan Siasah. Dia marah apabila Siasah melaporkan tentang beliau tidak turun ke kawasan dan rakyat dalam Dun Penanti mempertikaikannya. Wah, bukan main lagi dia marah dan ancam nak saman Siasah. Dia minta siasah memohon maaf. Tetapi saya larang Siasah jangan pedulikan dia, biar dia saman. Tak saman pun!

Dia juga pernah call saya jam 4:00 pagi. Kalau seseorang itu membuat panggilan jam sebegitu, jika bukan kerana kes kecemasan, fahamlah apa penyakit seseorang itu. Hanya mereka yang rasional saja yang tidak membuat panggilan ketika itu. Dia minta saya membuat interview dengannya untuk menjelaskan kedudukan ekoran dakwaan Siasah itu. Sampai sudah saya tidak layan.

Semasa berjumpa di Parlimen sekali lagi dia minta saya mengadakan interview dengannya, saya tetap tidak layan.

Jadi dengan karektor begitu dapat kita mengenali watak dan perangai Farius ini. Sejauh mana wibawa dan kehebatan dalam politik. Dari seorang timbalan Ketua Menteri, kini hanya jadi orang biasa atas kemahuan dan ulahnya sendiri. Lebih malang lagi hari ini telah menyerahkan diri dalam pakaian seragam silat untuk menyertai Umno. Perhambaan diri Fairus kepada Umno dalam keadaan begitu memalu dan mencemarkan persatuan silat yang dianggoi saja.

Benar dan saya bersetuju sangat dengan kata Timbalan Presiden, PKR Syed Husin Ali dalam kenyataan akhbarnya, PKR merasa senang dengan langkah Fairus menyertai Umno itu. Setidak-tidaknya PKR tidak payah lagi berfikir mengenai Fairus yang tidak memberi faedah kepada PKR itu. Malahan pemergiannya ke dalam Umno itu dikira mengaman dan menyenangkan PKR, sekurang-kurangnya PKR tidak perlu berfikir bagaimana hendak cari peruntukan untuk survivenya lagi.

Bukan saja orang seperti Fairus tetapi mereka yang sama dengannya tidak perlu berada dalam parti mana. Baik ia orang Pas, DAP atau PKR atau Umno juga elok keluar dan tubuh parti atau NGO sendiri kalau tak tergamak nak masuk Umno atau nak joit Pakatan. Orang-orang sebegini lebih buruk dari sampah dan moleklah kalau mereka membakar diri mereka dengan menyertai Umno. Sekurang-kurang aroma busuk mereka tidak menganggu orang lain.

Saya cadangkan mereka sebegini elok bersatu dalam NGO bernama Perkasa. Senang untuk bergerak menyokong Umno. Bila mereka sudah masuk kandang itu mudahlah untuk rakyat mengenali jenis dan species apa mereka yang sebenarnya

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT sumber : http://alahaifairustkmpenang.blogspot.com/2010/03/fairus-telefon-4-pagi-suruh-siasah.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan