Perdana
Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor didakwa Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang yang menyebabkan
beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti.
"Saya
telah minta Mohammad Fairus Khairuddin letak jawatan setahun lalu
disebabkan prestasi dia yang tidak memuaskan. Kita perlukan pemimpin
Melayu yang wibawa dan berkelayakan untuk bekerjasama dengan Ketua
Menteri Pulau Pinang.
"Jadi
apabila dia umumkan untuk masuk umno tindakan itu tidak mengejutkan
kita. Semasa pilihan raya di Penanti dan Permatang Pasir beliau tidak
pernah hadir dan ini jelas menunjukkan pendirian beliau," kata Anwar
ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Persekutuan hari ini.
Beliau
yang juga Ketua Umum PR berkata, tindakan itu tidak mengejutkan kerana
ramai mengetahui bahawa Najib dan Rosmah memainkan peranan penting
dalam mengumpan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan imbuhan kewangan
dan material .
Tindakan
terbaru Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng keluar PKR serta bekas
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang menyertai Umno sudah dijangka dan
menganggap ianya sebagai satu proses pembersihan demi memantapkan dan
memperkasakan parti.
Anwar
menyarankan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
mengambil perhatian mengenai hal sebegini kerana kebanyakan mereka yang
lompat parti menjadi lebih mewah berbanding sebelumnya.
sumber :http://zulmamakpng.blogspot.com/2010/03/najis-dan-suaminya-dalang-beli-pemimpin.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan