Kelewatan Ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff tiba di sidang akhbar
oleh 12 ahli parlimen PKR di ibu pejabat parti itu pagi ini mendapat perhatian
para wartawan.
Ini kerana, selain Wee Choo Keong (kiri), Wangsa
Maju dan Zulkifli Noordin (kanan), Kulim Bandar Bharu, Yusmadi juga
hangat diperkatakan akan keluar parti.
Para wartawan kemudiannya
bertanya kepada ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin mengenai
ketiadaan Yusmadi di sidang akhbar tersebut.
Yusmadi (tiga dari kiri) adalah antara 12 ahli parlimen
PKR yang menandatangani kenyataan bersama menafikan akan keluar PKR dan
sebaliknya menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan Pakatan Rakyat.
Mereka ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala
Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat),
Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam
(Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne
(Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ
Selatan).
Bagaimanapun, Loh dan Gobalakrishnan tidak hadir kerana berada
di luar negara.
Kamarul menggamatkan sidang akhbar tersebut apabila
menjawab bahawa Yusmadi (kiri, berjaket gelap) 'sesat' dalam perjalanan
ke ibupejabat PKR.
Yusmadi bagaimanapun tiba ketika sidang akhbar itu
hampir selesai, untuk menolak dakwaan bahawa beliau akan meninggalkan
PKR.
Bila ditanya selepas sidang akbar itu, Yusmadi berkata dia masih
mendukung perjuangan reformasi Pakatan untuk mengakhir politik perkauman
BN.
Dia menyamakan perjuangan Pakatan dengan gerakan Nelson Mandela,
bekas presiden Afrika Selatan menentang dasar apartheid.
“Pakatan bukan
hanya satu lagi parti gabungan, ini (adalah) satu gerakan rakyat yang ada
potensi besar," tambahnya.
Beliau juga mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng (kanan, berjaket gelap) yang dikritik oleh ahli parlimen
Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim yang mendakwa kerajaan negeri meminggirkan
orang Melayu manakala ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng menuduh Lim
meminggirkan wakil rakyat PKR.
Sebaliknya, Yusmadi menegaskan bahawa Umno
dan BN juga tidak dapat menyelesaikan masalah kemiskinan orang Melayu Pulau
Pinang dan mengingatkan pihak berkenaan supaya tidak menipu rakyat.
“Isu yang ditimbul oleh Datuk Zahrain dan Tan menggambarkan
cabaran untuk menguruskan Pulau Pinang.
“Selama 50 tahun, dengan usaha,
sumber,dana politik (yang dimiliki), kenapa Umno dan BN gagal? Ini kerana isu
kepimpinan dan urustadbir.”
Beliau juga masih menaruh harapan kepada Guan
Eng kerana menurutnya, ketua menteri Pulau Pinang itu tidak menghadapi masalah
korupsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan