Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti
berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor kerana tempoh
kerja-kerja itu belum lagi bermula. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan
Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula
selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April.
"Saya
meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis meningkatkan pemantauan
aktiviti kempen pihak terbabit sekarang. Mana-mana pihak yang
bertanding hendaklah mematuhi undang-undang iaitu hanya dibenarkan
berkempen selepas hari penamaan," katanya kepada mStar Online di sini
hari ini.
(Sumber: mStar)
PGK:
SPR kata tak boleh kempen..tak boleh kempen....tak boleh kempen? Salah
dengar kah saya, SPR kata tak boleh kempen hingga hari penamaan calon?
Habis yang setiap kali berita di TV ada cerita mempromosikan Najib dan
kerajaan BN itu apa ke jadah namanya jika bukan kempen? Habis yang
akhbar-akhbar arus perdana sudah mula memburuk-burukkan PR itu, apa ke
jadah namanya jika bukan kempen? Dan agensi-agensi kerajaan sudah mula
turun padang ke Hulu Selangor, apa namanya itu, jika bukan kempen?
Apakah
makna kempen itu hanya terhad kepada ceramah yang diadakan kepada orang
ramai? Apabila kerajaan mengadakan pelbagai kempen, misalnya kempen
kesedaran H1N1, kempen mencegah denggi dan sebagainya mengapa semua
aktiviti termasuk hiburan dan sukan juga dikategorikan sebagai kempen?
Dan satu lagi yang Najib kelmarin ronda hampir satu Hulu Selangor, rasmi majlis itu dan majlis ini dan berucap berdegar-dengar nak panggil apa tu, jika bukan kempen?
Dan satu lagi yang Najib kelmarin ronda hampir satu Hulu Selangor, rasmi majlis itu dan majlis ini dan berucap berdegar-dengar nak panggil apa tu, jika bukan kempen?
Kalau
SPR benar-benar ikhlas, tolong beritahu RTM dan pengurusan TV swasta
serta akhbar arus perdana supaya jangan berkempen untuk BN. SPR juga
tolong jaga mulut PM dan menteri-menterinya supaya jangan turun padang
ke Hulu Selangor awal sangat, kerana penamaan calon belum bermula lagi.
Tak acilah, ada yang boleh berkempen, ada yang tak boleh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan