Kecewa dengan projek pembesaran jalan yang
didakwa menimbulkan banyak masalah, penduduk sebuah kampung di Port
Dickson hari ini membakar geran tanah asli mereka sebagai tanda
bantahan.
Dengan bantuan sebuah NGO
pemantau prestasi jabatan kerajaan, mereka juga mendirikan sebuah papan
tanda besar ala papan projek Jabatan Kerja Raya (JKR) bertulis "Tapak
cadangan tanah perkuburan baru" dan "Homestay mencari maut".
Sejak dimulakan pada 2004, tambahnya, projek pembesaran jalan Pasir Panjang-Linggi itu tidak dijalankan dengan baik sehingga menyebabkan rumah-rumah di sekitarnya terdedah kepada risiko dirempuh kereta dan banjir.
Katanya, jalan yang ditambak beberapa kaki itu, dengan saliran yang tidak sempurna menyebabkan air dan selut melimpah masuk ke rumah penduduk setiap kali hujan.
Jalan baru tersebut juga tidak mempunyai penghadang bagi mengelakkan kereta yang terbabas merempuh rumah mereka, tambahnya.
Sebanyak 72 keluarga - kira-kira 300 penduduk - terlibat dalam projek pembesaran jalan sejauh kira 17 kilometer itu.
"Kalau hendak kumpul semua aduan, sudah satu rim kertas. Janganlah pandai menabur janji dalam pilihan raya kecil di Hulu Selangor sahaja, tetapi dengarlah juga rintihan penduduk di sini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini selepas bantahan tersebut.
Rahimuddin
juga berkata, penduduk Pasir Panjang tidak membantah pembangunan
"tetapi janganlah kerana pembangunan, keselesaan dan hak penduduk
diabaikan".
Menurut Rahimuddin, projek tersebut diusahakan oleh Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan, sebuah anak syarikat milik kerajaan (GLC) negeri.
Kira-kira 70 penduduk setempat hadir menyatakan bantahan itu kira-kira jam 11 pagi tadi.
Menurut Rahimuddin, projek tersebut diusahakan oleh Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan, sebuah anak syarikat milik kerajaan (GLC) negeri.
Kira-kira 70 penduduk setempat hadir menyatakan bantahan itu kira-kira jam 11 pagi tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan