Untuk Aljazira Tv klik webtv

April Fool Day’s


April Fool Day’s

Posted on April 2, 2009 by apis-gb
Categories: 
Uncategorized.
Adakah anda ketahui fakta yang agak pahit di sebalik hari April Fool ? 
Kira-kira beribu-ribu tahun yang lampau, negara Sepanyol diperintah oleh orang-orang Islam. Kuasa orang Islam di Sepanyol ketika itu cukup kuat, yang tidak mungkin boleh ditandingi.
Orang-orang Kristian di Barat ingin sekali menghapuskan Islam daripada semua bahagian dunia dan mereka telah berjaya pada satu tahap. Tetapi mereka telah cuba untuk menghapuskan Islam di Sepanyol dan cuba menakluknya (conquer), tetapi gagal.
Mereka kemudiannya menghantar beberapa orang perisik ke Sepanyol untuk mengkaji keadaan orang Islam di sana dan mengesan apakah kekuatan yang mereka miliki. Dan, mereka dapati bahawa kekuatan yang ada pada orang-orang Islam ialah TAQWA. Muslim di sana tidak hanya sekadar muslim pada nama, tetapi mereka mempraktikkan ajaran Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, bahkan melaksanakan kandungan Al-Quran. Mereka berkata ‘tidak’ kepada muzik, mereka juga berkata ‘tidak’ kepada arak dan semua benda yang diharamkan oleh Islam. Jika mereka baca dalam Al-Quran mengenai hijab, mereka laksanakannya, berbeza dengan keadaan kebanyakan masyarakat Islam kita pada hari ini. Marilah kita berganding tangan dan berjanji untuk menjadi Muslim yang benar-benar melaksanakan perintah Allah (Practicing Muslims).
Orang-orang Kristian telah menjumpai satu jalan yang boleh melemahkan kekuatan yang dimiliki orang-orang Islam. Mereka telah menghantar pelbagai jenis alkkohol dan rokok ke Sepanyol dengan percuma (free of cost). Teknik ini nampaknya berkesan dan ianya telah mula melemahkan keimanan orang-orang Islam terutamanya generasi muda Sepanyol.
Natijahnya, Katholik Barat telah berjaya menghapuskan pengaruh Islam dan menawan seluruh Sepanyol yang membawa satu noktah akhir kepada pemerintahan 800 tahun Islam di Sepanyol. Kejatuhan terakhir muslim di sana ialah ketika kejatuhan Grenada (Ghornata) pada 1 haribulan April. Dan, daripada tarikh itu, setiap tahun  mereka merayakan ‘Hari Bodoh’ pada 1 April, yang mana mereka telah berjaya membuatkan umat Islam bodoh pada tarikh ini dan kita sebagai orang Islam juga telah diperbodohkan oleh Kristian yang mana mereka sekarang merayakan bulan April sebagai hari bodoh.
Diterjemahkan daripada bahasa Inggeris dari Mailing List Islam TopSites
(harap maaf di atas segala kelemahan saya  dalam penterjemahan)
Artikel dalam bahasa Inggeris boleh didapati daripada : ibrahim1@onetel.net.uk

April Fool’s Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. 
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga  tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang  tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan