Untuk Aljazira Tv klik webtv

Eh.. Sejak bila Brahim Ali menjadi Ahli Parlimen UMNO/BN?


Kata Ibrahim Ali “Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru,”


Kata dia.. KITA tuu....kah.. kah.. kah.. eh sejak bila Brahim Ali ini diterima oleh Najib menjadi sebahagian dari Ahli Parlimen BN? Perasan sungguh Raja Katak yang tak ada nilai ni, maksud aku tak bernilai langsung jika dibandingkan dengan katak-katak lain..

Raja Katak tu kan Ahli Parlimen bebas yang menyokong BN manakala Najib dan BN tak pernah pula menyatakan mereka menyokong Raja Katak itu..

Bukan pasal itu yang aku nak komen sebenarnya.. Cuma sedikit komen pasal kenyataan Brahim Ali yang telah menggesa kerajaan menangguhkan bantuan buat Kaum Cina kerana menurutnya mereka tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan.

Brahim Ali mungkin terlupa atau pura-pura tidak tahu bahawa kaum Cina adalah kaum yang menguasai ekonomi Negara ini, mereka juga adalah penyumbang terbesar kepada cukai pendapatan yang dikenakan oleh kerajaan.

Kalau Najib mengikut cadangan bodoh Brahim Ali itu, bagaimana pula jika Kaum Cina yang membayar cukai pendapatan itu pula menangguhkan bayaran cukai pendapatan mereka?

Dan bagaimana pula jika Cina yang bernama Vincent Tan itu menangguhkan juga bayaran ‘Director Fees’ kepada Brahim Ali.

Kalau kerana tidak mengundi BN dalam PRK Hulu Selangor yang lalu pengundi Cina dikatakan tidak tahu berterima kasih, Brahim Ali ternyata memang bodoh!!

Itu hak mereka, hak mereka sebagai rakyat Malaysia.. hak mereka untuk memastikan demokrasi terus subur di Malaysia ini.. walaupun kini tercalar sudah.....

Sebagai Ahli Parlimen sepatutnya Brahim Ali berfikir dengan lebih jauh, Brahim Ali sepatutnya berfikir dahulu apa yang hendak diucapkannya, jangan hanya bercakap untuk membuatkan Najib berasa bangga dengan kehadiran beliau..


Hulu Selangor: Perkasa gesa BN tangguh bantu kaum Cina
Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 26 April — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang kontroversi menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) menangguhkan bantuan dan peruntukan yang dijanjikan untuk masyarakat Cina ekoran keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam.

“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN.

“Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mengulas keputusan malam tadi yang memihak BN tetapi majoriti cuma 1,725 undi.

Walaupun analisis menunjukkan sokongan pengundi Cina masih belum memihak kepada BN tetapi ia menerima peningkatan undi komuniti India hampir 10 peratus.

BN meletakkan sasaran majoriti 6,000 undi.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider awal minggu lalu Ibrahim sendiri meletakkan majoriti 3,000 kepada BN tetapi Khamis lalu menurunkannya kepada 1,500 undi.

Kata beliau, apa saja yang kaum Cina minta kerajaan sedia berikan tetapi mereka tidak berterima kasih.

“BN kena ambil hati orang Melayu yangg tetap setia pada BN.

“Oleh itu dasar afirmatif untuk memperkasakan kaum Melayu dan Bumiputera mesti diterus dan dilaksanakan dengan tegas,” kata beliau dengan merujuk kepada Model Ekonomi Baru yang sedang dirangka.

Malam tadi, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.

“Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.

“Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru,” katanya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula berkata, MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.

Ibrahim berkata kemenangan BN membuktikan rakyat mahu ketenangan dan kesetabilan politik.

“Ia juga bukti rakyat menerima kepimpinan Datuk Seri Najib (Razak) sebagai perdana menteri. Ia juga membuktikan politik perkauman ditolak rakyat.

“Cuma pengundi kaum Cina nampaknya tidak berterima kaseh pada kerajaan BN. Jelas pengaruh MCA dan Gerakan ditolak masyarakat Cina.

“Pelbagai tuntutan kaum Cina, kerajaan layan, tapi balasannya tidak seberapa,” katanya.

Katanya, usaha pihak tertentu untuk memburukkan nama Perkasa dalam pilihan raya Hulu Selangor juga tidak memberi kesan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan