Untuk Aljazira Tv klik webtv

Serang flotila: Kedutaan AS di M'sia 'diserbu'



Seperti di negara lain, rakyat Malaysia turut berdemonstrasi membantah serangan berdarah komando Israel kepada flotila bantuan pro-Palestin dengan 'menyerbu' bangunan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur hari ini.

Pembangkang, NGO, pelajar mula kelihatan membanjiri bangunan itu sejak jam 10.30 pagi tadi secara berperingkat-peringkat bagi menyatakan perasaan marah mereka.


Dalam satu bantahan oleh kumpulan pembangkang tengah hari tadi, kira-kira 100 orang berkumpul di kedutaan itu di Jalan Tun Razak bagi menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada kuasa dunia itu.

Demonstrasi yang diketuai Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar itu mulai riuh apabila wakil kumpulan itu tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan kedutaan untuk menyerahkan memorandum dua halaman itu.

Mereka membawa sepanduk dan melaungkan reaksi yang tidak puas hati terhadapat isu ini.

Kumpulan itu antaranya melaungkan slogan anti-Israel seperti “hancur Israel”, “jahanam Israel” “mampus Israel”.

Antara pemimpin pembangkan yang turut serta dalam perhimpunan tersebut Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan pengarah stategi PKR Tian Chua.

Berucap ringkas di depan kedutaan itu, Mahfuz menyeru rakyat Malaysia terus membantu warga Palestin, dengan memutuskan segala perhubungan dengan Amerika Syarikat dan Israel.

Dua kumpulan bergerak berasingan
“Harapkan ini merupakan langkah awal (membantu Palestin),” kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Turut berucap menyatakan perasaan tidak puas hati dalam perhimpunan itu Tian Chua, Nasharuddin dan beberapa pemimpin Pemuda PAS.
Sejam sebelum itu, perhimpunan oleh sekumpulan 200 aktivis NGO di tempat yang sama menyaksikan sedikit kekecohan ekoran tindakan seorang pesertanya yang cubamembunuh diri kerana tidak dapat mengawal perasaan.
Dalam demontrasi anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu, presidennya Datuk Ibrahim Ali turut menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada pihak Amerika Syarikat yang dilihat sebagai sekutu rapat Israel.
Sementara itu, demonstari terbesar hari ini di kedutaan sekutu kuat Israel itu dianjurkan oleh NGO Lifeline4Gazayang disertai 300 peserta.

Lifeline4Gazamerupakan NGO yang menyelaraskan bantuan kemanusian daripada Malaysia ke Palestin.
Kedua-duanya perhimpunan itu berlaku serentak di tempat yang sama tetapi mereka kelihatan bergerak dalam kumpulan yang berbeza.
Dalam perhimpunan Lifeline4Gaza, pengarah Muslimrelief Zulkifli Mohd Nani yang mengetuai kumpulan itu menyeru semua rakyat Malaysia terus berdemonstrasi membantah tindakan ganas tentera Israel semalam.
Katanya, pada Jumaat ini mereka akan sekali lagi berkumpul di tempat itu bagi menyatakan bantahan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan