Mesyuarat Perhubungan UMNO Kedah
hujung bulan ini dijangka diadakan di Sabah di bawah Bayu, khusus di
daerah Pengerusi Perhubungan sekarang, Semporna. Dikhabarkan juga
mesyuarat ini yang terakhir bersama Pengerusi Perhubungan yang Afdhal
lagi Sempurna ini, kerana sebulan dua lagi, jawatan itu akan berpindah
tangan. Siapakah gerangan tokoh UMNO Kedah yang akan menggalas jawatan
berprestij itu?
.
Dalam
UMNO, Pengerusi Perhubungan biasanya adalah Menteri Besar ataupun bakal
MB. Sudah tentu ia menjadi idaman dan rebutan. Hanya dua negeri sahaja
di melenium baru ini yang gagal menobatkan Pengerusi Perhubungan
sebagai MB gara-gara berkelahi dengan Istana; Terengganu dan Perlis. Di
Kedah, sejak dulu ia datang berpasangan, dulu atau kemudian sahaja.
Tapi di kedah, jawatan itu 'panas' kerusinya. Tak ramai yang mampu
menahan kepanasannya. yang agak lama ialah Tan Sri Osman Aroff. Yang
terakhir sebelum ini MK, dua tahun saja.
.
Kita
tunggulah Pengerusi akan datang nanti, berapa lama dia mampu
bertahan..... jangan kalah dalam pilihanraya sudah laaaa...belum ada
yang mencatat rekod itu Dato'!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan