Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua
peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum
mendaftar sebagai pemilih.
Jumlah yang dilaporkan oleh SPR
semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi
masih belum dapat mendaftar.
Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar.
Rekod
Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875
pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh
negara.
Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak
mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah
7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak
menyertai Pilihan Raya 2008.
Oleh itu PAS menawarkan satu
kerjasama serius digerakan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS
bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka
melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala
tuju negara.
Demi memastikan negara ini dapat dipimpin oleh
Kerajaan yang lebih baik dimasa hadapan, program-program kempen
pendaftaran pengundi baru perlu digerakkan dan disusun secara berjadual.
PAS
melihat inilah peluang untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan
memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi.
Jentera
PAS perlu serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan
juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.
PAS
juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat
penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan
negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan
zalim.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan