TASEK GELUGOR, 9 Mac: Biarpun dua tahun pakatan rakyat
memerintah Pulau Pinang, Umno dan Barisan Nasional (BN) masih dilihat
'gila talak' dan sukar menerima hakikat mereka kini bergelar
pembangkang di negeri itu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata,
sikap itu jelas dapat dilihat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
dari Umno dan BN masih enggan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi
menjayakan program untuk kebaikan rakyat negeri itu.
"Kerajaan
Negeri boleh bekerjasama dengan mana-mana Adun pembangkang untuk
mengadakan program kemasyarakatan tetapi jelas, mereka angkuh.
"Untuk
adakan juga kita terpaksa menyalurkan melalui agensi lain, " ujar Lim
ketika berceramah di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek
Gelugor sempena Ulangtahun Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Tegas
Lim, mereka bukan sahaja enggan memberikan kerjasama, malah menyerang
pula kerajaan negeri dengan isu perkauman dan agama seperti anti
Melayu, diktator dan pelampau Cina.
Serangan sedemikian jelas
Lim kerana kemarahan segelintir kepimpinan Umno dan BN ekoran syarikat
kroni mereka terlepas peluang mendapatkan projek semenjak kerajaan
negeri memperkenalkan sistem tender terbuka.
"Tengok kes gerai
mereka sanggup mengheret Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bersama bersekongkol
menyerang kita.
"Sepatutnya kita sama-sama membina keutuhan kerana Kerajaan Negeri bukan anti Melayu-Islam, " tegasnya.
Dalam
ceramah itu juga, Lim mengumumkan kerajaan negeri akan memberikan RM100
setahun kepada warga emas bagi menghargai mereka dan berusaha membasmi
miskin tegar tidak kira bangsa, agama dan latar belakang politik.
Pemberian itu akan bermula penghujung Mac ini kepada warga emas berdaftar.
Turut
berceramah malam tadi ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Dr
Mansor Othman dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan